February 27, 2010

rant #72: the one tentang cereka pendek yang berdasarkan sebuah lagi cereka pendek.

Ini ceritanya.
Sebenarnya, saya sakit hati.
Saya sakit hati sebab rasa macam ada tombak tajam tembus hati.
Cucuk cucuk, macam nak mati hati.
Haha. Ini seriyes.
Pergi kampung ke kampung cari orang untuk ubatkan.
Pergi bandar ke bandar cari pakar untuk sembuhkan.
Tapi semua cakap,
"Dik, Atok rasa adik kena buatan orang. Sihir Siam, susah mau ubat."
"Fahilin, Doc rasa kamu ada Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenzae, Moraxella catarrhalis. Tapi mungkin kamu tak cukup minum air saja."
Angguk angguk aku dengar cakap mereka, mereka pakar aku yakin.
Hurm, aku mengeluh.
Jadi terus aku,
marah diri sebab malang.
Dan terus aku,
tak puas hati dengan tuhan sebab jalan hidup aku macam ini.

Berdiri seorang aku lihat bawah.
Eh memang ada tombak.
Gotamit.

"Kadang kadang kerana taksubkan pencarian, kita abaikan apa yang kita cari tu."

Aku jadi berani, aku cabut.

The end.



p/s : Kamu faham? Orang cakap, jarum patah jangan simpan dalam peti.

p/s/s : gambar dari saharil.

2 comments:

Acid said...

siapa pula yg maen tombak?

ah.kamu!

berhenti bermaen tombak!
bahaya!
degil sungguh.

Fahilin said...

haha.
setiap minggu turun padang melontar tombak.
kadang kadang tertikam, i tak perasan :)